Seperti yang anda tahu, aplikasi Discord merupakan salah satu platform komunikasi yang digunakan oleh para pemain permainan video dari pelbagai platform seperti PC, konsol mahupun telefon pintar.
Hal ini kerana Discord menyediakan pelbagai ciri komunikasi yang memudahkan penggunanya berbual antara satu sama lain tanpa menghiraukan masalah perbelanjaan dan keselesaan.
Sehubungan dengan itu, aplikasi Discord di peranti telefon pintar kini akan menerima kemas kini terbaru yang menjadikannya lebih kemas serta dilengkapi dengan ciri-ciri baru yang memudahkan pengguna.
Bar Navigasi
Perubahan pertama yang akan anda saksikan sebaik sahaja anda membuka aplikasi ini adalah bar navigasi di bahagian bawah paparan antara muka aplikasi Discord.
Kini, Discord telah mengutamakan ciri bahagian yang dianggap penting oleh para pengguna untuk diletakkan di paparan bar navigasi seperti Servers, Messages, Notifications dan You.
Halaman “Server”
Pada mulanya, Discord berhasrat untuk mewujudkan gabungan emoji di sebelah ikon pelayan serta mendatarkan paparan halaman Discord di telefon pintar. Namun begitu, pihak mereka menerima maklum balas yang sebaliknya daripada apa yang diharapkan dari pengguna Discord beta.
Namun kini, mereka telah menampilkan reka bentuk halaman yang lebih ergonomik dengan latar belakang pelayan yang boleh diubah bagi mengurangkan kekeliruan dalam menghantar mesej yang dikehendaki.
Halaman “Messages”
Anda kini akan disediakan paparan halaman untuk mesej langsung (DM) dan mesej langsung kumpulan (GDM) yang akan disusun mengikut perbualan terkini beserta dengannya aktiviti rakan-rakan anda pada waktu itu.
Selain itu, turut tersedia ciri bar carian seperti dalam aplikasi WhatsApp yang meliputi pencarian di seluruh perbualan DM dan GDM bagi memudahkan pengguna mencari info mesej yang pernah ditulis atau dihantar.
Tambahan lagi, anda kini hanya perlu tatal ke kiri sahaja untuk membalas mesej dan bukannya tekan lama untuk mengakses tetapan sesuatu mesej itu.
Halaman “You”
Halaman “You” ini adalah versi baharu untuk paparan profil anda supaya ia kelihatan lebih menarik dengan tambahan bahagian tetapan di bahagian atas kanan bagi mengakses tetapan akaun Discord anda.
Mod “Midnight”
Pembaharuan Discord but smolĀ juga disertakan bersamanya mod Midnight atau mod gelap yang sama seperti versi lama tapi lebih teliti dari segi penggunaan warna.
Perkongsian Bahan Media
Aplikasi Discord juga akan meningkatkan kadar storan untuk perkongsian gambar dan video secara serentak sehingga 25MB bagi setiap perkongsian.
Antara Muka “Voice & Video”
Pembaharuan ini boleh dikatakan antara yang terpenting kerana ciri panggilan suara dan video merupakan ciri utama aplikasi Discord ini dicipta.
Kini, antara muka untuk perbualan dalam talian bagi panggilan suara dan video akan tersedia dengan paparan yang lebih selesa untuk pandangan mata jika dibandingkan dengan versi yang lama seperti gambar di atas.
Jika anda berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kemas kini terbaru aplikasi Discord, anda boleh layari laman web Discord Blog.
{suggest}
Sumber: Discord Blog