Sekianya anda adalah pengguna Google Services dan melanggan perkhidmatannya secara bulanan, kaedah pemindahan hak milik ini mungkin boleh membantu anda dalam menguruskan kandungan fail yang penting dan sulit dengan lebih baik bersama pengguna yang lain.
Cara Tukar “Ownership” Di Google Drive
Pada mulanya, anda perlu tekan titik tiga ataupun right-click pada fail atau folder yang mahu ditukar hak pemilik.
Selepas itu, tekan “Share” dan letak alamat e-mel pengguna lain yang ingin bertukar pemilik dalam ruangan ‘Add people and groups‘.
Pada akaun e-mel yang sama, buka folder yang dikongsi bersama pengguna lain, tekan tajuk folder dan pilih “Share“.
Dalam paparan yang disediakan, tekan butang tetapan di sebelah alamat e-mel dan pilih ‘Transfer ownership‘.
Pada akaun e-mel yang ditukar pemilik itu, pastikan pengguna itu terima pemberitahuan tentang perkongsian folder tersebut.
Akhir sekali, pertukaran hak milik akan selesai setelah pengguna itu tekan butang “Accept“.
{suggest}