Baru-baru ini, Google Workspace Updates telah mengemukakan pembaharuan bagi perkhidmatan Google Forms yang akan diterima oleh pengguna beta sahaja buat masa sekarang.
Untuk pengetahuan anda, Google Forms dahulunya hanya mempunyai dua pilihan tetapan untuk perkongsian sesuatu borang dalam talian kepada pengguna lain iaitu terhad kepada e-mel yang dikehendaki dan umum melalui perkongsian pautan.
Namun kini, pencipta Google Forms boleh mengehadkan akses respons kepada pengguna dan kumpulan tertentu sama seperti ciri perkongsian akses dokumen untuk Google Docs, Sheets, Slides dan Sites.
Secara ringkasnya, pencipta boleh mengawal pengaksesan orang yang dikehendaki mereka serta menghalang pengumpulan alamat e-mel dan menyekat pautan Google Forms daripada dimajukan kepada pihak yang tidak berkenaan.
Untuk anda yang berminat untuk mencuba ciri terbaru ini, anda boleh isi borang di pautan ini dan dijangka boleh diakses dalam tempoh 2 hingga 3 minggu.
{suggest}
Sumber: Google Workspace Updates