Jika anda seorang individu sentiasa menggunakan perkhidmatan GrabCar, berita ini mungkin akan mengembirakan hati anda. Hal ini kerana ciri GrabCar Saver yang mula dikuatkuasakan pada bulan Julai yang lepas akan meluaskan fungsinya di beberapa kawasan seluruh Malaysia.
Ketika ciri ini dilancarkan, GrabCar Saver hanya tersedia untuk bandar-bandar terpilih seperti Kuantan, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Kuching.
Namun kini, ia turut hadir untuk kegunaan penduduk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Negeri Sembilan dan Melaka bermula 4 Disember 2023.
Secara ringkasnya, GrabCar Saver menawarkan diskaun harga tambang perjalanan sebanyak 20% jika sesuatu tempahan GrabCar itu mempunyai jumlah penumpang seramai 4 orang. Dalam pada itu, pemandu GrabCar juga mempunyai hak untuk batalkan tempahan yang menggunakan ciri GrabCar Saver tanpa menjejaskan kadar pembatalan mereka.
Penduduk di kawasan yang dinyatakan boleh menikmati tawaran ini dari pukul 9 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat sahaja.
Anda juga boleh layari laman web rasmi Grab untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai GrabCar Saver ini.
{suggest}
Sumber: Lowyat.net