Menjelang pelancaran Nothing Phone (2) pada 11 Julai ini, beberapa individu termasuk taukenya sendiri Carl Pei berkongsi gambar diambil melalui lensa telefon tersebut.
Ulas Pei, kamera telefon kedua mereka itu agak bagus.
“Jenama lain menggunakan jurugambar profesional atau berpura-pura foto DSLR diambil melalui telefon. Untuk keaslian, saya galakkan semua yang sedang gunakan Phone (2) untuk kongsi gambar mereka tanpa sebarang filter” – Carl Pei
Tambah beliau, gambar-gambar ini diambil daripada versi NothingOS beta di Phone (2).
Sampel foto adalah daripada Michael Josh, Mark Linsangan, Mladen Hoyss, SoldierKnowsBest, Ben Geskin, Gianmarco Canello.
{suggest}
Dalam twit oleh seorang pengguna, Pei mengakui watermark pada gambar Phone (2) akan hadir dengan rekaan yang lebih baik daripada versi beta sekarang.
Agree, there's already a new one designed
— Carl Pei (@getpeid) July 4, 2023
Di Malaysia, peranti ini akan rasmi pada 14 Julai 2023. Jadi, apa pendapat anda dengan kualiti gambar dikongsi di atas?
Sumber: Michael Josh, Mark Linsangan, Mladen Hoyss, SoldierKnowsBest, Ben Geskin, Gianmarco Canello