Baru-baru ini, WhatsApp telah menyediakan kemas kini terbaharu untuk pengguna iOS dan Android. Melalui kemas kini di Google Play Store dan App Store, WhatsApp telah mengeluarkan log perubahan dengan menyenaraikan ciri baharu yang tersedia untuk semua pengguna yang memasang kemas kini terbaharu itu.
{suggest}
Berikut disenaraikan tiga ciri terbaharu di WhatsApp yang sepatutnya anda sudah terima.
1. Picture in Picture untuk iOS
Pada awal bulan ini, WhatsApp akhirnya mula menawarkan ciri panggilan video dengan sokongan Picture in Picture untuk peranti iOS.
Untuk peranti Android pula, ciri ini telah tersedia sejak sekian lama.
2. Pek pelekat Avatar baharu
Selepas memperkenal ciri mencipta avatar, WhatsApp kini menyediakan kemas kini pelekat avatar dengan beberapa rekaan baharu.
Antaranya termasuk penambahan lebih mendalam dan mereka bentuk semula personaliti serta menggantikan beberapa pelekat lama dengan rekaan baharu.
3. Kapsyen untuk dokumen
Menerusi kemas kini terbaharu, WhatsApp turut menawarkan sokongan kapsyen untuk dokumen.
Dengan itu, pengguna iOS dan Android kini boleh menambah keterangan bagi setiap dokumen yang dihantar.
Memandangkan WhatsApp kebiasaannya melepaskan secara berperingkat, tidak perlu khuatir jika belum menerima kesemua ciri baharu ini.