Selepas CES 2024, Infinix juga telah mengaut beberapa anugerah dalam acara MWC 2024 selepas mempamerkan teknologi gaming bertaraf andalan semasa sesi ShowStoppers MWC 2024.
Teknologi yang dimaksudkan itu dikatakan mampu untuk mencapai bacaan tanda aras AnTuTu sebanyak 2,215,639.
Pencapaian ini direalisasikan melalui penggunaan cip MediaTek Dimensity 9300, sistem penyejukan CoolMax dan sokongan teknologi ‘AI’ untuk melancarkan pengalaman permainan mudah alih.
Oleh itu, Infinix telah menerima anugerah Gadgety Awards dan GadgetMatch yang menjadikan jenama Infinix sebagai jenama top-tier untuk ‘Best of MWC 2024’.
Lain-lain teknologi daripada Infinix juga ada menerima anugerah iaitu:
- Infinix AirCharge – Produk Terbaik FoneArena MWC 2024
- Teknologi E-Color Infinix – TrustedReviews Best in Show MWC 2024
- Teknologi E-Color Infinix – Telefon Terbaik Mashable Middle East MWC 2024
- Teknologi E-Color Infinix – Reka Bentuk Yanko Terbaik MWC 2024
Beli produk Infinix di:
Shopee – https://invl.io/clklmh5
Lazada – https://invol.co/clklmh9
{suggest}
Sumber: Siaran Media Infinix Malaysia