Infinix GT 10 Pro akhirnya dirasmikan pada hari ini, sebuah peranti ‘gaming’ mampu milik yang ditunggu-tunggu oleh anda selama ini.
@wisermy INFINIX GT 10Pro, nampak macam midrange tapi spec Flagship 🔥 #wisermy #techtok #malaysia #fypシ #infinix
Berbanding siri Infinix Note 30, telefon pintar ini mempunyai dan menyokong ketersambungan 5G dan juga jauh lebih berkuasa.
Spesifikasi Penuh Infinix GT 10 Pro
Infinix GT 10 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 5G, memori RAM LPDDR4X 8GB dan storan UFS 3.1 256GB dengan sokongan slot kad mikroSD hingga 1TB.
Peranti ini dilengkapi skrin AMOLED 6.67″ beresolusi FHD+ dengan sokongan kadar segar semula 120Hz, kadar input sentuh 360Hz dan kecerahan maksimum 900 nits.
Telefon ini memberikan tetapan 3 kamera – 108MP utama, 2MP makro, 2MP kedalaman dan 32MP swafoto. Untuk bateri, peranti ini disokong kapasiti bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 45W dan sokong ciri Bypass Charging.Â
Infinix GT 10 Pro menggunakan sistem operasi XOS 13 for GT yang mempunyai sifar bloatware dan hadir dalam 2 pilihan warna – Cyber Black dan Mirage Silver.
Antara ciri-ciri menarik dalam GT 10 Pro adalah pembesar suara stereo, ada bicu audio 3.5mm, NFC, sokong 5G, penarafan kalis air dan habuk IP53 dan diiktiraf Hi-Res Audio.
Anda boleh menonton video ulasan Infinix GT 10 Pro di atas melalui Platform YouTube Wiser. Tidak lupa juga, Infinix GT 10 Pro menyokong 2 tahun kemas kini OS dan sekuriti.
Harga dan Ketersediaan
Infinix GT 10 Pro hadir dalam 1 variasi sahaja (8GB / 256GB) dan dijual pada tanda harga rasmi RM999 sahaja. Dan telefon ini sudah tersedia untuk anda beli melalui platform Shopee dan Lazada dalam pautan di bawah ini:
Beli Infinix GT 10 Pro di Shopee –Â https://invl.io/cljszwp
Beli Infinix GT 10 Pro di Lazada –Â https://invol.co/cljszx0
{suggest}