Syarikat telefon pintar Infinix dan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) telah bekerjasama untuk menyokong program pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) yang dinamakan sebagai CogLabs.
Matlamat program CogLabs ini adalah memberi pengalaman praktikal dalam bidang robotik dan pembelajaran mesin untuk generasi pemikir dan pencipta pada masa akan datang.
Dalam pada itu, peranan Infinix dalam program ini adalah untuk menyediakan sokongan teknologi seperti telefon pintar dan komputer riba untuk latihan tapak yang akan berlangsung selama 3 hari bagi setiap program CogLabs yang dijalankan.
Antara pendidikan yang dibekalkan untuk para pelajar dalam program CogLabs ini adalah pembelajaran mesin dan pengekodan visual, teknik reka dan penciptaan model 3D, penggunaan pencetak 3D dan pembinaan E3bot.
Bengkel CogLabs ini juga telah direalisasikan di 35 buah negara secara bersemuka dan dalam talian.
Sesuai dengan tujuan utama mereka untuk memberi kesedaran dan kefahaman terhadap teknologi kecerdasan buatan sambil menjadikan pembelajaran mesin mudah untuk didekati.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Infinix