Menjelang pelancaran siri Galaxy S24 yang dijangka berlangsung tidak lama lagi, spekulasi mengenai peranti itu makin bertiup kencang. Dalam laporan terbaharu, imej sebenar Galaxy S24 Ultra didakwa telah tertiris, mempamerkan peranti itu dengan paparan rata.
{suggest}
Di platform X, David Martin telah berkongsi beberapa imej yang dikatakan Galaxy S24 Ultra. Peniris terkenal, Ice Universe kemudiannya menyokong dakwaan itu, dengan mengatakan bahawa ia adalah peranti sebenar Galaxy S24 Ultra.
Daripada imej yang dikongsi, perubahan paling ketara ialah paparan yang hampir rata. Panel kaca mempunyai lengkung yang sangat halus pada tepi sisi, tetapi skrin itu sendiri tidak lagi mempunyai kelengkungan.
Believe me, when you light up the screen of S24U, you will like it better. https://t.co/iibWaWoLtQ
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) November 24, 2023
Walaupun begitu, perlu diingatkan, masih terdapat kemungkinan imej yang bocor itu tidak benar, atau salah satu daripada unit prototaip yang mungkin berbeza dengan produk akhir kelak.
- Beli produk Samsung di Shopee: https://invl.io/clkc7lb
- Beli produk Samsung di Lazada: https://invol.co/clkc7l5
Sumber: Android Authority