Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Imej Pixel 8 Pro Dilihat Hadir Dengan Pilihan Warna Baharu

Posted on September 25, 2023September 25, 2023

Warna siri Google Pixel 8 dikatakan telah tertiris dan menampilkan 3 pilihan warna kepada pengguna. Ciapan yang dikongsikan oleh @MysteryLupin itu menunjukkan peranti Pixel 8 Pro dengan warna – Obsidian, Sky Blue dan Porcelain.

Google Pixel 8 Pro – hello Mr. Q pic.twitter.com/7qaq9vwR6N

— Arsène Lupin (@MysteryLupin) September 22, 2023

Sementara itu, Pixel 8 pula menawarkan warna Gray, Peony Rose dan Obsidian seperti versi Pro. Berdasarkan imej-imej yang tertiris ini, khabar angin yang mengatakan Pixel 8 hadir dengan rekaan yang tidak berubah itu benar.

Selain itu, siri Pixel 8 ini akan hadir dengan rekaan skrin rata juga seperti gambar-gambar dari sisi seperti di bawah:

Pixel 8 Pro
Pixel 8

Siri Google Pixel 8 akan dilancarkan dalam Acara Google yang akan berlangsung pada 4 Oktober, minggu depan. Jangan risau kerana kami akan berkongsikan kehadiran barisan peranti itu ketika pelancarannya.

Sumber: X

{suggest}

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress