Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Ikon VoLTE Pada MIUI 14 Diringkaskan Untuk Penggunaan 2 SIM

Posted on Disember 1, 2022Disember 1, 2022

Dalam MIUI 14 nanti, dilaporkan bahawa ikon “HD” yang menandakan talian menyokong VoLTE pada bar notifikasi telefon Xiaomi kelak akan mengalami perubahan kecil dari segi reka bentuk.

Ikon baharu dalam MIUI 14

Ikon tersebut akan menggabungkan pemaparan sokongan VoLTE kedua-dua sim.

Jika anda menggunakan dua sim serentak dan kedua-duanya menyokong VoLTE, maka ikon “HD” tersebut akan datang bersama angka “1” dan “2” dalam 1 ikon.

Ikon VoLTE sekarang

Buat masa sekarang dalam MIUI 13, ikon “HD” ini akan tertera secara berasingan untuk setiap kad sim.

Jadi, anda akan dapat lihat dua ikon HD pada bar notifikasi. Sejujurnya, ia agak memakan ruang selain sedikit sebanyak menyerabutkan.

{suggest}

Tetapi dengan perkongsian terbaru ini, Xiaomi berjaya menyelesaiakan isu visual ini dengan menggabungkannya dalam satu ikon saja.

Sumber: Xiaomiui

Gambar utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress