Seperti semua sedia maklum, Samsung memang biasa memperolok-olok atau mempersendakan telefon pintar keluaran Apple iaitu iPhone dengan membandingkannya dengan model telefon pintar kelauaran mereka iaitu Galaxy.
Kebiasaannya, pengguna menerima baik iklan-iklan mempersenda dan memperolok-olok terhadap iPhone.
Walaubagaimanapun, untuk kali ini, pengguna tidak menerimanya dengan baik kerana mungkin sudah bosan dengan taktik iklan Samsung ini yang dilihat sebagai berlebih-lebihan.
Ia bermula dengan iklan keupayaan ciri hybrid zoom yang ada pada Samsung Galaxy S21 Ultra dengan membandingkan kamera iPhone 12 Pro Max.
Tidak cukup dengan iklan itu, Samsung mengeluarkan pula iklan ke-2 dan masih mensasarkan iPhone.
Mungkin masih merasakan belum cukup berpuas hati, Samsung mengeluarkan pula iklan ke-3 dan sekali lagi masih mensasarkan iPhone sebagai subjek untuk dipersendakan di dalam iklan mereka.
Samsung mungkin mengharapkan iklan-iklan tersebut akan disokong oleh para pengguna. Tetapi malangnya ia memakan diri.
Daripada komen-komen yang dilontarkan terhadap video-video Samsung itu, pengguna mensimpulkan bahawa Samsung sebagai sangat terdesak, tidak profesional dan hanya memalukan diri sendiri.
Jadi, bagaimana dengan pendapat anda terhadap iklan-iklan berbentuk seperti ini? Adakah masih releven untuk masa hadapan?
Sumber: Entrepreneur