IKEA Malaysia kini menggesa semua pengguna yang memiliki pengecas USB 40W ÅSKSTORM kelabu gelap untuk berhenti menggunakannya dan menghubungi IKEA untuk bayaran balik penuh.
{suggest}
IKEA menjelaskan kabel yang disertakan pada pengecas USB 40W itu boleh menjadi rosak atau pecah setelah digulung di sekeliling pengecas atau dilipat berulang kali dalam tempoh penggunaan yang lama.
Kesannya, kabel yang rosak itu boleh mengakibatkan thermal burn dan renjatan elektik.
Pengecas USB 40W ÅSKSTORM kelabu gelap boleh dikenal pasti melalui nombor model ICPSW5-40-1 yang tercatat pada label di bahagian belakang pengecas tersebut.
Pengembalian semula produk ini boleh dilakukan melalui Kaunter Pemulangan dan Penukaran di mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan untuk proses pemulangan.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan IKEA di 03-7952 7575.
Sumber: IKEA Malaysia