Pengendali Perkhidmatan Wang dan e-money, Merchantrade memilih IDEMIA untuk mempertingkatkan proses pendaftaran pelanggan bagi dua aplikasi mudah alihnya.
Untuk pengetahuan, IDEMIA merupakan peneraju global Identiti Terimbuh (Augmented Identity) untuk pelanggan antarabangsa dari sektor kewangan, telekomunikasi, identiti, dan lain-lain.
Baca juga – Microsoft Kumpul Negara-Negara Asia Pasifik Tangani Ancaman Siber
Selain itu, IDEMIA menawarkan satu platform Pengesahan Identiti yang tepat dan berkesan melalui sistem pengesahan biometrik dan dokumen ID pelanggan.
Dengan keupayaan membuktikan identiti pelanggan dengan cepat, tepat, dan selamat, mereka boleh meningkatkan dua aplikasi oleh Merchantrade ini:
- Merchantrade Money – aplikasi e-wallet digital pelbagai wang.
- eRemit – aplikasi perkhidmatan wang ke luar negara.
Menurut Merchantrade, Platform Pengesahan Identiti ini dapat membantu mereka mempertingkatkan servis aplikasi-aplikasi tersebut dari segi keselamatan serta kemudahan akses jaringan.
Sumber: siaran akhbar IDEMIA