Setakat Oktober ini, sudah lebih 200 juta unit telefon pintar Huawei telah berjaya dijual.
Huawei yang baru-baru ini telah mengumumkan kejayaan mereka menjual sebanyak 200 juta unit telefon pintar setakat bulan Oktober ini turut menyatakan keyakinan mereka dalam mencapai sasaran menjual sebanyak 270 juta unit telefon pintar mereka di seluruh dunia sebelum berakhirnya tahun 2019.
Weāve just exceeded 200 mil shipments in 2019 š
64 days earlier than in our previous year!
Our thanks and appreciation goes out to everyone for your support ā as we keep striving to improve technology for all #Huawei #MakeItPossible pic.twitter.com/gPs9pnmMyJ— Huawei Mobile (@HuaweiMobile) October 23, 2019
Keyakinan tersebut dinyatakan sendiri oleh pengasas Huawei, Ren Zhengfei kepada media baru-baru ini. Tetapi sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar terbesar di dunia tahun ini telah terbantut berikutan berdepan sekatan perdagangan yang dikenakan A.S.
Sungguhpun sekatan perdagangan itu tidak begitu memberikan kesan yang ketara pada Ā jualan telefon pintar Huawei di seluruh dunia, tetapiĀ kesan tersebut mungkin akan lebih terasa dalam masa beberapa bulan akan datang apabila beberapa model-model telefon pintar terbaru mereka kini sudah tidak lagi boleh menggunakan sistem operasi Android dan aplikasi-aplikasi yang bangunkan Google.
Antara model terawal yang mula terasa kesannya adalah telefon pintarĀ Siri HUAWEI Mate30 di mana Huawei Mobile Services telah mula menggantikan Google Mobile ServicesĀ keranaĀ perantiĀ Huawei terbaru ini tidak lagiĀ boleh menggunakan aplikasi dan servis dari Google termasuklah YouTube, Maps, Mail, Play Store dan lain-lain.
Walaubagaimanapun, sasaran Huawei untuk mencapai sasaran jualan 270 juta unit telefon pintar mereka masih terbuka dalam tempoh 2 bulan terakhir tahun ini.
Sumber: GizChina