Sebagai peranti andalan Huawei, siri P terkenal dengan reka bentuk unik dan memfokuskan pada keupayaan kamera yang canggih. Kini, Huawei mengumumkan siri P akan dijenamakan semula sebagai ‘Pura’.
{suggest}
Perkara itu dimaklumkan oleh CEO Perniagaan Pengguna Huawei, Yu Chengdong menerusi Weibo. Dalam pengumuman itu, ia menyebut bahawa sudah 12 tahun sejak Huawei melancarkan siri P – diperkenalkan pada 2012 dan kini dinaik taraf kepada penjenamaan Pura.
Siri ini juga dijangka akan mengekalkan DNA siri P yang memfokuskan kepada reka bentuk dan keupayaan kamera.
Dengan pengumuman itu, bermakna telefon dalam siri P kelak akan diperkenalkan di bawah penjenamaan Pura, termasuk siri Pura70. Namun, buat masa ini masih belum didedahkan mengenai tarikh pelancarannya.
- Beli produk Huawei di Shopee: https://invl.io/clkzsy2
- Beli produk Huawei di Lazada: https://invol.co/clkzsy4