Sudah hampir sebulan Huawei P10 berada dalam pasaran Malaysia, dan untuk permulaan ia hanya ditawarkan dengan 2 variasi warna iaitu Prestige Gold dan juga Graphite Black.
Kini pilihan warna sudah bertambah dimana Huawei Malaysia membawakan dua warna baru yang sangat menawan (Pantone colour); Greenery (Hijau) dan Dazzling Blue (Biru).
Warna baru ini pastinya menarik perhatian golongan muda kerana jarang-jarang pengeluar telefon mengeluarkan warna-warna sedemikian.
Spesifikasi lain masih sama dan hanya warna yang ditawarkan sahaja berlainan.
Buat anda yang ingin mengetahui spesifikasi Huawei P10 berikut adalah ciri-cirinya:
- Skrin paparan IPS 1080p
- Pemproses Kirin 960
- RAM 4GB
- Storan dalaman 64GB
- Bateri 3200mAh
- Pengimbas cap jari di bahagian hadapan
- Sistem Dwi kamera dari Leica (20MP belakang, 8MP hadapan)
Kedua-dua model ini akan mula dipasarkan di Malaysia bermula 5 Mei hadapan pada harga RM2499.
Sumber: Lowyat.net