Diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada 16 Januari lepas, siri Nova pertama yang dilengkapi dengan tiga kamera belakang ini boleh dibeli secara pra-tempah tidak lama lagi.
Pra-tempah Huawei Nova 4 dijadualkan bermula 8 Februari 2019 dan berakhir pada 13 Februari 2019. Diletakkan pada tanda harga RM1899, ia juga hadir dengan set kepala Bluetooth secara percuma.
Bagi pembelian pra-tempah, ia akan diiringi dengan Pek Hadiah Premium bernilai RM400.
Belian pra-tempah melalui Huawei Official Online Store dengan bayaran penuh RM1899, akan memboleh anda menerima baucar RM50 yang kemudiannya boleh digunakan pada gedung dalam talian tersebut.
Huawei Nova 4 ditawarkan secara fizikal bermula pada 14 Februari 2019 diseluruh pengedar sah Huawei Malaysia.