Selepas siri HUAWEI nova 12 rasmi di pasaran Malaysia dan sedia untuk prapesan sahaja pada bulan Mac yang lepas, salah satu modelnya iaitu HUAWEI nova 12i kini tersedia untuk pembelian melalui cawangan-cawangan HUAWEI di seluruh negara.
Untuk model ini, ia dikuasakan Snapdragon 680 serta disokong oleh grafik Adreno 610, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Telefon ini juga menjalankan EMUI 14 yang berasaskan Android 14.
Skrinnya pula adalah jenis LCD 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz dan resolusi FHD+ 2388 x 1080.
Bagi kamera, ia terdiri daripada 108MP utama, 2MP ultra lebar dan 8MP swafoto serta lengkap bersama ciri auto fokus.
Kapasiti bateri adalah 5,000mAh dan disokong pengecasan 40W. Lain-lain ciri seperti dwi-slot kad SIM, Bluetooth 5.0, USB-C 2.0 dan NFC.
{suggest}
Dengan harga rasmi RM1,299, setiap pembelian HUAWEI nova 12i ini akan disertakan bersamanya hadiah percuma bernilai RM308 yang berupa HUAWEI Band 8 dan pakej Leisure Moments.
Beli HUAWEI nova 12i di:
Shopee – https://invl.io/cll0cry
Lazada – https://invol.co/cll0cs0
Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia