Baru-baru ini, syarikat elektronik, HUAWEI telah melancarkan satu produk berupa fon putik iaitu HUAWEI FreeClip yang dilengkapi dengan teknologi khas pemakaian di telinga secara terbuka.
Dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan ungu, cara pemakaian bagi fon putik ini sangat unik kerana pengguna hanya perlu mencepitnya di cuping telinga sama seperti klip pada kertas.
Reka bentuknya pula menepati ruang telinga manusia secara majoriti melalui bentuk Comfort Bean dan Acoustic Ball yang diletakkan di belakang telinga.
Sambungan C-Bridge antara dua komponen tersebut berfungsi sebagai sokongan sepitan di kulit telinga daripada terjatuh.
Selain itu, FreeClip ini dilengkapi dengan teknologi Left-Right Ear Recognition yang berfungsi berdasarkan isyarat kawalan yang ditetapkan dalam aplikasi HUAWEI AI Life.
Hal ini kerana pengguna mampu untuk melakukan pelbagai urusan seperti mengangkat atau menamatkan panggilan serta menukar lagu.
{suggest}
Untuk kadar penggunaan berterusan, fon putik ini dijangka mampu bertahan selama 36 jam dan hanya mengambil masa 10 minit untuk penggunaan selama 3 jam.
Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan HUAWEI FreeClip ini pada harga RM899 di gedung dalam talian Shopee dan Lazada bagi menikmati tawaran hadiah bernilai RM367.
Sumber: Siaran Media HUAWEI Malaysia