Kaedah pengunci sensor cap jari kini dianggap sangat penting bagi semua individu yang menggunakan peranti telefon pintar, terutama sekali untuk melindungi data dan maklumat daripada dilihat secara bebas oleh pihak umum.
Namun begitu, teknologi sensor cap jari kini dianggap lambat untuk berkesan oleh sesetengah individu.
Oleh itu, syarikat teknologi Huawei kini telah mendedahkan satu projek mereka yang mana melibatkan perkembangan teknologi dalam sensor cap jari dengan menggunakan teknologi pengimbas ultrasonik.
Teknologi ini sebenarnya kerap digunakan Samsung dan HONOR pun pernah menggunakannya. Namun, paten teknologi tersebut adalah daripada Qualcomm. Seperti kita tahu, Huawei tak boleh menggunakan teknologi luar atas faktor sekatan AS.
Gambar di bawah adalah lakaran paten modul sensor cap jari ultrasonik Huawei, CN117058725A.
Secara ringkasnya, paten Huawei tersebut adalah dengan penggunaan elektrod bertindan, lapisan piezoelectric dan tatasusunan unit piksel elektrod.
Kebolehan sensor cap jari ultrasonik Huawei ini dikatakan akan jauh lebih pantas dan tepat.
Beli produk HUAWEI di:
Shopee – https://invl.io/cljfc2u
Lazada – https://invol.co/cljfc29
{suggest}
Sumber: IT Home