Selepas tertiris beberapa minggu lalu, kini secara rasmi HTC U23 Pro sudah dilancarkan namun ia bukan sebuah peranti kelas andalan.
Berjantungkan Snapdragon 7 Gen 1, ia dipadankan bersama RAM 8 atau 12GB dan ROM sebesar 256GB.
Di hadapannya ialah skrin OLED 120Hz sebesar 6.7″ dengan perlindungan daripada kaca Corning Gorilla Victus.
Kamera di belakang hadir dengan tetapan 3 lensa iaitu 108MP dengan OIS, 8MP untuk sudut lebar dan 2MP untuk kedalaman.
Baterinya pula sebesar 4600mAh dengan sokongan pengecasan 30W manakala untuk wayarles pula setinggi 15W.
Selain itu, ia juga mempunyai perlindungan IP67 dan sokong 5G serta NFC.
Telefon ni secara lalai dengan aplikasi VIVERSE dan boleh digunakan dengan peranti AR HTC iaitu VIVE XR Elite.
Buat masa sekarang, ia terhad di Taiwan dan tidak pasti apakah turut akan diperkenal untuk pasaran global.
- 8/256GB – TWD16990 (~RM2500)
- 12/256GB TWD17990 (~RM2647)
Anda pastinya tertanya-tanya apakah yang terjadi pada HTC, satu nama yang popular dan bertanggungjawab menaikkan Android dulu tapi tiba-tiba senyap? Jawapannya ada di SINI.
Sumber: HTC
{suggest}