Baru-baru ini, Hotlink yang merupakan penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi dari Maxis kini akan bekerjasama dengan MOONTON dalam mengadakan kejohanan e-sukan Mobile Legends: Bang Bang iaitu Hotlink x MPL MY Jaguh All Star 2024.
Buat pertama kalinya, Hotlink mengadakan acara sebegini dan ia hanya akan berlangsung selama satu hari sahaja iaitu pada 18 Mei 2024 serta menampilkan hadiah terkumpul sebanyak RM50,000.
{suggest}
Para pasukan yang akan berentap dalam pertandingan ini adalah terdiri daripada atlet-atlet profesional yang bertanding dalam acara MLBB Professional League Malaysia.
Untuk para pengguna Hotlink yang menghadiri acara kejohanan ini, mereka akan menerima barangan terhad yang bertemakan Hotlink x MPL MY Jaguh All Star.
Maklumat lanjut boleh didapati di halaman rasmi MPL Malaysia.
Sumber: Siaran Media Hotlink