Syarikat Honor Malaysia secara rasminya telah mengumumkan tarikh pelancaran HONOR X9b 5G yang digelar Tahan Lasak Semua Sudut pada 1 November 2023 pukul 7 petang.
Telefon pintar ini telah mendapat pensijilan lima bintang dalam rintangan jatuh setiap sudut daripada SGS Switzerland, syarikat pemeriksaan, pengesahan, ujian dan pensijilan di dunia.
Berdasarkan siaran video dari pihak Honor di laman Facebook mereka, peranti HONOR X9b mereka boleh menahan serangan daripada peluru paintball.
Disebabkan oleh kejayaan itu, Honor menawarkan jaminan penggantian retak depan dan belakang dalam 365 hari selepas pembelian.
Selain daripada perlindungan seluruh peranti 360 darjah, Paparan Anti Jatuh Ultra-Lantun HONOR, telefon pintar ini menggunakan sistem MagicOS 7.2 dan mempunyai ketahanan bateri selama tiga hari dengan kapasiti 5800mAh.
Dalam pada itu, peranti ini mempunyai keupayaan untuk kegunaan menonton video berterusan selama 19 jam dan bermain permainan video berterusan selama 12 jam.
Dengan berat 185 gram dan ketebalan 7.98mm, telefon ini menggunakan cip Snapdragon 6 Gen 1 dengan 20GB RAM dan kapasiti storan sebanyak 256GB.
Selain itu, peranti ini juga menggunakan paparan AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2652×1200 dan 120Hz kadar segar semula.
Kamera yang digunakan ialah Matrix AI Vision Camera yang berkebolehan untuk manangkap gambar dengan kadar 108MP pada kamera utama dan 16MP untuk kamera depan.
Bermula daripada 27 hingga 31 Oktober, anda boleh membuat tempahan HONOR X9b hanya dengan RM9 sahaja sekaligus berpeluang untuk menang wang tunai sebanyak RM1,500.
Selain daripada penggantian retak depan dan belakang 365 hari, HONOR Choice Moecen Band dan HONOR Choice Earbuds X5 turut dijadikan hadiah percuma untuk para pelanggan awal.
Pelancaran rasmi HONOR X9b akan berlangsung pada 1 November 2023 ini juga didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu oren, hijau dan hitam.
{suggest}
Sumber: Siaran Media Honor