Sebelum ini, kita telah dibekalkan dengan maklumat ketibaan telefon pintar siri HONOR X di pasaran Malaysia tanpa harga yang tetap. Sekarang, ia telah dijamin hadir dengan harga yang mampu milik bagi setiap model.
Sebagai imbas kembali, model HONOR X8b ini dikuasakan dengan cip Snapdragon 680 serta dilengkapi dengan 16GB RAM dan 512GB storan. Selain itu, skrin yang digunakan adalah skrin AMOLED 6.7 inci dengan kadar segar semula 90Hz.
Kamera pula mempunyai 108MP untuk kamera utama dan kamera swafoto 50MP.
Sama dari sudut cip pemprosesan dan storan tapi berbeza untuk paparan skrin kerana skrin yang digunakan adalah HONOR LCD 6.8 inci dengan kadar segar semula 90Hz.
Kamera utama pula dikekalkan dengan 108MP tapi 8MP untuk kamera swafoto.
Anda kini boleh ke laman rasmi HONOR Malaysia untuk pembelian 2 model ini dengan harga seperti berikut:-
- HONOR X8b (16GB + 512GB) = RM999
- HONOR X7b (12GB + 256GB) = RM799
Selain itu, anda akan diberikan hadiah percuma berupa HONOR Choice Earbuds X5 Lite yang bernilai RM139 bagi setiap pembelian pada tarikh 22 Disember 2023 sahaja.
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR