Selain Magic Vs2, syarikat Honor juga memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, iaitu Honor Watch 4 Pro.
Ciri-cirinya yang menampilkan paparan LTPO AMOLED 1.5 inci dengan fungsi always on display (AOD). Bahagian luaran, ia menggunakan bingkai keluli tahan karat dan sokongan eSIM dengan sambungan LTE.
Dengan ketahanan air 5ATM menjadikan Watch 4 Pro sesuai untuk digunakan berenang pada kedalaman 50 meter atau 164 kaki di bawah air.
Selain itu, jam ini juga dilengkapi dengan GPS, NFC dan sambungan Bluetooth 5.2. Pembesar suara dan mikrofon turut disertakan untuk memudahkan panggilan terus dibuat melalui pergelangan tangan anda sahaja.
Tambahan pula, Honor meletakkan sensor optik lapan saluran yang membantu untuk mengesan kadar denyutan jantung dan tahap SpO2.
Watch 4 Pro dilengkapi bateri 480 mAh dan dikatakan boleh bertahan sehingga 10 hari dengan penggunaan biasa tetapi 3 hari dalam mod eSIM. Tambahan lagi, ia juga menyokong pengecasan tanpa wayar sehingga 4.5W.
Varian warna untuk jam tangan ini termasuk hitam, coklat dan hijau gelap. Jualan akan mula dibuka di China bermula 16 Oktober 2023 dan masih belum didedahkan untuk jualan global.
Honor Watch 4 Pro dijual pada harga CNY 1,599 (~RM1035) untuk versi tali jam silikon dan CNY 1,799 (~RM1165) untuk tali jam kulit.
Beli peranti HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clk1x0s
Lazada – https://invol.co/clk1x0y
{suggest}
Sumber: HONOR