Dalam acara MWC 2024 yang lepas, syarikat teknologi HONOR telah mencatat rekod anugerah sebanyak 45 buah anugerah daripada media global.
Antara peranti yang menyumbang kepada kejayaan ini adalah HONOR Magic6 Pro dan HONOR AI PC MagicBook Pro 16 yang telah dilancarkan dalam acara tersebut.
Dalam pada itu juga, HONOR menampilkan pelbagai teknologi baharu yang berasaskan kecerdasan buatan seperti Magic Portal dan MagicRing.
Selain itu, Magic6 Pro juga telah diiktiraf oleh beberapa pihak media seperti Android Headlines, Android Police, CNET dan GQ Spain kerana ia mampu menawarkan pengalaman baru dari sudut kamera dan perisian dalaman jika mahu dibandingkan dengan produk telefon pintar HONOR yang terdahulu.
{suggest}
Tambahan lagi, HONOR MagicBook 16 Pro yang merupakan AI PC pertama daripada HONOR juga telah diiktiraf oleh Mashable, Android Authority dan Trusted Reviews sebagai Komputer Riba Terbaik MWC 2024.
Untuk anugerah reka bentuk GLOMO Best in Show di MWC 2024 pula dimiliki oleh HONOR Magic V2 edisi PORSCHE RSR.
Beli produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkp240
Lazada – https://invol.co/clkp24d
Sumber: Siaran Media HONOR