Selepas HONOR Malaysia memperkenalkan empat produk mereka beberapa hari yang lepas, kini produk-produk itu telah boleh didapati dan dibeli melalui cawangan HONOR di seluruh Malaysia.
Sebagai imbas kembali, produk-produk tersebut terdiri daripada HONOR Pad 9 versi rangkaian 5G yang dikuasakan oleh Snapdragon 6 Gen 1 serta digandingkan dengan skrin TFT LCD (IPS) 12.1 inci pada kadar segar semula 120Hz.
Bateri pula berkapasiti 8,300mAh dan mempunyai lapan pembesar suara.
Selain itu, HONOR X7b versi 5G juga turut tersedia dengan cip MediaTek Dimensity 6020, varian memori 8+8GB RAM + 256GB storan, kamera utama 108MP, kapasiti bateri 6,000mAh dan dua pembesar suara stereo.
Komputer riba, HONOR MagicBook X 16 juga hadir dengan penguasaan cip Intel Core i5, memori RAM LPDDR4X, kad grafik Intel UHD, skrin IPS 16 inci dan kapasiti bateri 42WHr.
HONOR Band 9 ini pula dilengkapi dengan skrin AMOLED 1.57 inci berkadar segar semula 60Hz dan kapasiti bateri yang mampu bertahan sehingga 14 hari penggunaan yang berterusan.
Harga untuk keempat-empat produk di atas adalah seperti di bawah.
- HONOR Pad 9 5G = RM1,799
- HONOR X7b 5G = RM899
- HONOR MagicBook X 16 = RM2,999
- HONOR Band 9 = RM199
Beli produk-produk HONOR di atas melalui gedung dalam talian:
Shopee – https://invl.io/clkvpjf
Lazada – https://invol.co/clkvpjk
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia