Dalam rekod keseluruhan tahun 2023 yang dikongsikan IDC, syarikat teknologi HONOR telah berjaya menduduki tempat yang pertama untuk pasaran peranti Android mengatasi jenama Samsung dan kini setaraf dengan jenama Apple.
Perkara ini tercapai dengan pelancaran peranti boleh lipat mereka yang paling nipis di dunia iaitu HONOR Magic V2.
Hal yang sama juga dicatat untuk pasaran HONOR di Malaysia yang mana mereka telah memiliki tempat ketiga dalam pasaran telefon pintar premium pada kadar harga atas RM4,000.
Untuk telefon kelas pertengahan pula, HONOR Malaysia berjaya memperoleh 50 peratus bahagian pasaran untuk telefon pintar RM1,000 hingga RM2,500 pada bulan Disember 2023 dengan bantuan HONOR 90 Lite dan HONOR X9b.
Oleh itu, pihak HONOR Malaysia kini telah meletakkan sasaran baharu untuk menjadi yang lebih baik iaitu memperoleh 20% bahagian pasaran bagi peranti kelas pertengahan hingga premium pada akhir tahun 2024.
Beli produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkp240
Lazada – https://invol.co/clkp24d
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia