HONOR kini mengumumkan ketibaan reka bentuk terbaru untuk telefon pintar HONOR Magic6 yang diinspirasikan daripada kereta berjenama Porsche iaitu Magic6 RSR serta melancarkan HONOR Magic6 Ultimate dengan teknologi kamera ‘Super Dynamic Eagle Eye’.
Daripada gambar di atas, kita boleh lihat dengan jelas yang HONOR Magic6 RSR ini hanya memfokuskan reka bentuk yang berkonsepkan kereta Porsche RSR serta modul kamera yang tertimbul dengan bentuk heksagon yang unik.
{suggest}
Tambahan pula, HONOR juga bakal melancarkan model terbaru iaitu Magic6 Ultimate yang dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan sokongan 16GB RAM + 512GB/1TB storan. Konfigurasi ini dilihat seperti ingin menandingi Samsung Galaxy S24 Ultra.
Dari sudut paparan pula, ia menggunakan panel LTPO OLED bersaiz 6.8 inci dengan resolusi 2800 x 1280 dan berkadar segar semula 120Hz.
Selain itu, telefon ini juga dipertingkatkan dari sudut kamera dengan ciri ‘Super Dynamic Eagle Eye‘ yang menggunakan sensor H9800 50MP OIS dan jarak dinamik 15EV bagi memperolehi fokus tangkapan gambar dengan lebih cepat dan tepat tanpa gegaran.
Tambahan lagi, ia juga mempunyai sensor LiDar untuk memberikan peningkatan fokus jauh lebih baik.
Kapasiti baterinya pula adalah 5,600mAh yang hadir dengan pengecasan 80W berwayar dan 66W wayarles serta penarafan IP68.
{suggest}
Walaupun dua peranti ini masih belum disahkan kemasukannya ke Malaysia, ini adalah harga yang dijual.
HONOR Magic6 RSR (Frozen Berry dan Agate Grey)
- 24GB RAM + 1TB = CNY9,999 (~RM6,564.32)
- 16GB RAM + 1TB = CNY6,699 (~RM4,397.88)
HONOR Magic6 Ultimate (Hitam dan Ungu)
- 16GB RAM + 512GB = CNY6,999 (~RM4,594.83)
- 16GB RAM + 1TB = CNY7,699 (~RM5,054.37)
Beli produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkp240
Lazada – https://invol.co/clkp24d
Sumber: GSMArena