HONOR Magic6 Pro telah menampilkan kebolehan fotografinya dengan menangkap gambar pemain bola sepak Malaysia, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid beraksi di padang bola sewaktu sesi latihan.
Gambar di atas adalah hasil tangkapan pada tetapan kamera telefoto 180MP sekali gus diiktiraf oleh HONOR sebagai peranti andalan mereka yang terbaru.
Spesifikasi lain adalah cip Snapdragon 8 Gen-3, skrin LTPO OLED 6.8 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula 120Hz serta kapasiti bateri 5,600mAh yang disokong oleh pengecasan 80W.
Dari sudut kamera pula, ia terdiri daripada 50MP OIS utama, 50MP ultra lebar, 180MP periskop telefoto dan 50MP swafoto.
Tambahan lagi, ketibaan HONOR Magic6 Pro dijangka hadir pada bulan Mac ini di pasaran Malaysia dengan harga yang masih belum ditetapkan.
Untuk maklumat terperinci, boleh tonton video di bawah.
Beli produk HONOR di:
Shopee – https://invl.io/clkp240
Lazada – https://invol.co/clkp24d
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR Malaysia