Dalam MWC 2023, HONOR turut merasmikan peranti boleh lipat yang ke-2 mereka iaitu HONOR Magic Vs. MWC ini akan berlangsung bermula 26 Februari ini hingga 2 Mac nanti.
Spesifikasi HONOR Magic Vs
Peranti boleh lipat HONOR ini dikuasakan cip Snapdragon 8+ Gen 1 dan beroperasi menggunakan MagicOS 7.1 berasaskan Android 13.
Sementara itu, peranti ini mempunyai bateri sebesar 5000mAh dan pengecasan pantas 66W. Oleh itu, ia mempunyai purata kemampuan ketahanan skrin terbuka 1 jam lebih lama berbanding Z Fold4
Untuk perbandingan, lipatannya lebih nipis berbanding Z Fold4 kerana Magic Vs hanya mempunyai jarak 12.9mm manakala Z Fold4 pula 15.8mm.
Selain itu, tubuhnya diperbuat daripada aloi titanium untuk struktur sokongan skrin dalaman yang kurangkan berat sebanyak 20%. Untuk sokongan skrin luaran pula, aloi magnesium memastikan beratnya kurang sebanyak 34%.
Ketika telefon ditutup, nisbah paparan luarannya ialah 21:9 dengan skrin OLED sebesar 6.45″. Skrin luarannya juga mempunyai puncak sehingga 1200 nit dan kadar segar semula 120Hz.
Pada masa yang sama, skrin dalaman pula sebesar 7.9″ dengan resolusi 2K+ dan AR Coating yang mengurangkan pantulan/silau sebanyak 61% serta sokongan kadar segar semula 90Hz.
Kedua-dua paparan menyokong HDR10+, gamut warna DCI-P3 100%, warna 1.07 bilion, PWM Dimming 1920Hz.
HONOR menawarkan 2 pilihan warna untuk peranti ini – cyan dan hitam. HONOR Magic Vs hadir dalam satu variasi sahaja 12GB RAM / 512GB storan dan dijual pada harga €1599 (~RM7105.00).
{suggest}