Pada awal tahun 2022, HONOR telah memperkenalkan peranti boleh lipat pertama mereka, HONOR Magic V. Mengikut khabar angin, Magic V2 mungkin akan dilancarkan seawal 12 Julai depan, dan seminggu lebih awal untuk X50.
Spesifikasi HONOR Magic V2 Yang Didakwa
Peranti itu dikatakan hadir dengan 2 variasi – Snapdragon 8+ Gen 1 dan 8 Gen 2, memori RAM 16GB dan storan besar 512GB.
Selain itu, peranti ini mungkin dilengkapi sensor kamera utama 108MP dan menyokong ciri pengecasan wayarles.
Dalam paparan, berkemungkinan besar peranti ini menggunakan panel LTPO dengan kadar segar semula 120Hz dan ciri PWM Dimming lebih daripada 2,160Hz.
Spesifikasi HONOR X50 Yang Didakwa
Untuk X50, peranti ini mungkin guna Snapdragon 6 Gen 1, memori 16GB dan storan 256GB atau 512GB. Skrin yang ditawarkan adalah paparan AMOLED 6.78″.
Mengikut DCS, X50 mempunyai kamera 108MP, bateri berkapasiti 5,800mAh yang besar tetapi pengecasan pantas hanya 35W sahaja.
{suggest}
DCS juga menambah siri Magic6 mungkin akan hadir seawal suku pertama tahun 2024 depan.