Di MWC 2024 , ketua eksekutif HONOR, George Zhao bersama-sama ketua eksekutif GSMA, John Hoffman dan pengurus besar Qualcomm Technologies, Alex Katouzian membincangkan tentang kepentingan teknologi kecerdasan buatan untuk manusia.
Sesi perbincangan itu menekankan bahawa setiap penciptaan teknologi baru yang berasaskan kecerdasan buatan perlu diberi keutamaan terhadap semua pihak serta privasi mereka.
MagicOS 8.0 oleh HONOR menerapkan teknologi kecerdasan buatan menerusi Magic Portal, satu ciri pintasan dalam pengaksesan antara perkhidmatan dan 100 aplikasi utama di seluruh dunia.
Tambahan lagi, peranti HONOR Magic6 Pro yang dibina dengan teknologi Qualcomm juga dilengkapi dengan kecerdasan buatan dalam peranti (on-device AI) bagi memperkukuhkan ekosistem antara mereka dan memudahkan cara penggunaan dan pengalaman pengguna.
HONOR juga memaklumkan, mereka bekerjasama dengan GSMA dengan menampilkan kertas putih mengenai pembinaan 6G Terminal Vision.
HONOR berkata, dengan pelancaran kertas putih ini, HONOR dan GSMA telah mengambil langkah pertama dalam meneroka masa depan 6G.
HONOR juga menjemput rakan industri untuk menyatukan kekuatan mereka, terlibat dalam penyelidikan bersama, dan berkumpul ke arah konsensus industri di terminal 6G.
Usaha penciptaan rangkaian 6G ini juga melibatkan kerjasama dengan pelbagai syarikat telekomunikasi seperti China Unicorn, China Mobile, China Telecom, Du, Telstra dan Inmarsat.
{suggest}
Sumber: Siaran Media HONOR