Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
scammer

Hati-Hati, Jangan Terpedaya ‘Scammer’ Yang Ingin Beri ‘Hadiah’ Percuma

Posted on Jun 10, 2022Jun 10, 2022

Kita sedia tahu golongan ‘scammer’ tidak akan berputus asa dari mencari helah untuk ‘scam’ orang lain, terutama sekali melalui media sosial dan internet.

Antara helah yang paling terkenal dan menjadi trend tidak lama dulu ialah pemberian iPhone percuma kepada pemenang bertuah melalui Instagram.

Terbaru, melalui hantaran dari saudara John Mohamed di Facebook, ada satu akaun bernama ‘2019 Range Rover’ mendakwa ingin memberikan sebuah kereta SUV Range Rover Sport 2022 kepada seorang pemenang bertuah yang komen ‘Selesai’ di hantaran ‘peraduan’ ini bersempena dengan ulang tahun mereka yang ke 71.

Dapat dilihat hantaran tersebut berjaya menerima lebih 1.9k komen dan lebih 2.2k share.

Jika berfikir secara logik, mana mungkin sesebuah syarikat kenderaan ingin menghadiahkan sebuah kereta dengan begitu sahaja. Apatah lagi dengan syarat yang begitu mudah.

Apa yang penting, kita sebagai pengguna media sosial hendaklah selalu berhati-hati dengan taktik dan helah kotor dari para scammer ini.

Sumber dan gambar utama: FB John Mohamed

Baca juga:

  • Scammer Dikesan Guna Profil Pemimpin Negara Untuk Aktiviti Jahat Dan Penipuan
  • Keluarga Ini Kena ‘Scam’, Dah Sampai Lokasi Tapi ‘Homestay’ Tak Wujud
  • Hati-Hati Dengan Taktik ‘Scam’ Baharu Yang Sasar Pelajar IPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress