Baru-baru ini tular mengenai “Whatsapp Pink” yang mencuri data peribadi pengguna melalui teknik phishing.
⚠️SCAM TEXT ALERT ⚠️
If you receive a text message that looks like the one below:
IGNORE: Do not click any links.
REPORT: Report it by forwarding to 7726.
DELETE: Remove the text from your phone. pic.twitter.com/ailKcmXYh4
— Vodafone UK (@VodafoneUK) April 22, 2021
Kali ini, perisian hasad baharu bernama “Flubot” telah menyerang peranti Android dan luas merebak di UK, Sepanyol, Jerman, dan Poland.
Flubot adalah perisian hasad yang menyamar sebagai aplikasi penjejak penghantaran yang mampu mencuri maklumat perbankan serta kata laluan peranti.
Menurut pengguna di UK, mereka mendapat mesej dari DHL dengan pautan yang akan menjejak bungkusan penghantaran. Namun, mesej dan pautan itu adalah palsu dan akan mendatangkan perisian hasad Flubot.
Melalui laman palsu tersebut, pengguna akan diberi arahan dan diminta untuk memuat turun sebuah aplikasi untuk menjejak bungkusan melalui telefon pintar mereka.
Selesai memuat turun, aplikasi tersebut akan meminta pelbagai kebenaran untuk Flubot mengakses maklumat dan mencipta paparan log masuk palsu melalui aplikasi lain.
Flubot juga boleh merebak secara sendiri dengan menghantar pautan ke kenalan yang di simpan di dalam peranti.
Pengguna dinasihati untuk tidak menekan pautan-pautan mencurigakan yang dihantar melalui mesej. Untuk lebih selamat semasa menjejak bungkusan atau penghantaran, buat panggilan secara terus untuk dapat status bungkusan.
Sumber: 91mobiles