17 Mac merupakan satu tarikh meraikan Hari Tidur Sedunia. Semalam menandakan ulang tahun ke-10 nya. Bukanlah sesuatu yang untuk diraikan secara besar-besaran namun Hari Tidur Sedunia merupakan kempen kesedaran tentang kebaikan tidur dan gangguan tidur. Ia merupakan usaha oleh Badan Dunia dan Persekutuan mengenai kesihatan tidur.
Hari Tidur Sedunia mempunyai deklarasi mereka iaitu:
Sedangkan tidak dapat tidur dan tidak mengantuk dapat membentuk huru-hara global yang membahayakan kesihatan dan kualiti tidur
Sedangkan banyak perkara boleh dibuat untuk memanteras dan merawat penyakit tidak dapat tidur
Sedangkan kesedaran awam dan profesional adalah langkah pertama untuk bertindak
Kami dengan ini mengisytiharkan yang gangguan tidur dapat dihalang dan diubati di setiap negara di dunia ini
Masyarakat Badan Tidur Sedunia mempunyai 10 perintah untuk kebersihan tidur orang dewasa termasuk mendapatkan tidur yang cukup, waktu berjaga dan menyimpan tenaga bagi aktiviti-aktiviti sihat.
Wahh.. Tak sangka tidur pon ada hari istimewa mereka.. Kerja, kerja jugak.. Pastikan tidur pon cukup bagi menjaga kesihatan diri.