Minggu lepas kami ada berkongsikan harga langganan PlayStation Plus yang naik hampir 50% daripada harga asal. Namun, itu adalah harga bagi langganan untuk tempoh setahun.
Sony PlayStation telah mendedahkan harga langganan baharu PS Plus untuk tempoh 1 dan 3 bulan seperti berikut:
Langganan 1 Bulan
- PlayStation Plus Essential – RM 32 (harga asal RM29)
- PlayStation Plus Extra – RM 49 (harga asal RM44)
- PlayStation Plus Deluxe – RM 55 (harga asal RM50)
Langganan 3 Bulan
- PlayStation Plus Essential – RM 75 (harga asal RM69)
- PlayStation Plus Extra – RM 125 (harga asal RM114)
- PlayStation Plus Deluxe – RM 145 (harga asal RM130)
{suggest}
Perkara ini didedahkan oleh Sony PlayStation ketika pengumuman Monthly Pass untuk bulan September ini. Sebarang maklumat lanjut, anda boleh menyemak di platform Playstation ini.
Beli Sony PlayStation 5 di Shopee: https://invl.io/cljn80g
Beli Sony PlayStation 5 di Lazada: https://invol.co/cljn80x
Sumber: PlayStation Blog
Gambar utama: PlayStation Blog