Pada acara CES 2018 yang berlangsung bulan lepas, AMD ada membuat sejumlah pelancaran produk terbaru, salah satunya adalah pengenalan dua cip pemprosesan dalam keluarga Ryzen Mobile iaitu Ryzen 3 2300U dan Ryzen 3 2200U.
Dalam waktu yang sama, mereka turut mengemaskini harga keluaran terdahulu dimana pengurangan boleh dilihat mencecah sehingga 30%.
Memetik laporan dari Lowyat.net, harga jualan baru cip pemprosesan AMD Ryzen untuk pasaran Malaysia adalah seperti berikut:
Beberapa penjual sudah mula menawarkan CPU ini pada harga baru dan jika anda bercadang untuk membeli cip pemprosesan, pastikan anda merujuk carta diatas.
Sumber: Lowyat.net