Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HAQ Dan TODAK Mewakili Malaysia Ke M4 World Championship MLBB Di Jakarta

Posted on Disember 29, 2022Disember 29, 2022

Pada 26 Disember yang lepas, kumpulan HAQ dan TODAK telah ‘diterbangkan’ ke Jakarta sempena M4 World Championship.

Pertandingan kejuaraan ini diadakan pada setiap tahun di mana 16 kumpulan antarabangsa bertanding untuk memenangi hadiah bernilai USD 800,000.

Kedua-dua kumpulan ini layak untuk bertanding di M4 selepas berada di kedudukan pertama dan kedua dalam MPL Malaysia Season 10.

Sesi ini ditemani oleh beberapa ahli media iaitu YB Adam Adli (Timbalan Menteri Belia dan Sukan) dan Ahmed Faris Amir(Ketua Pegawai Eksekutif, ESI).

YB Adam Ali menyatakan bahawa jika mana-mana kumpulan memenangi M4, akan akan ada insentif menunggu mereka di Malaysia.

Peminat boleh menonton perlawanan pertama antara TODAK dengan ONIC Esports pada 1 Januari 2023. Perlawanan pertama HAQ adalah pada 2 Januari 2023 di mana lawan mereka ialah RRQ Akira.

{suggest}

Warga Malaysia yang ingin menonton bersama rakan atau keluarga boleh pergi ke M4 World Championship Watch Party yang rasmi di Homebois Pitstop.

Untuk sebarang lanjut mengenai M4 World Championship, pengguna boleh melayari laman sesawang rasmi untuk melihat jadual, kumpulan yang bertanding dan sebagainya.

Sumber: Siaran Akhbar Moonton

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress