Bersempena vivo V30e 5G yang bakal hadir tidak lama lagi, vivo Malaysia kini mengadakan peraduan yang menawarkan pelbagai hadiah menarik kepada peminatnya.
Anda boleh sertai peraduan tersebut dengan mengikut cara di bawah:
- Pertama, cari “vivo V30e 5G” di Google dan terokai cirinya.
- Kedua, tangkap skrin imej vivo V30e 5G dan muat naik ke akaun media sosial anda.
- Ketiga, sertakan tanda pagar #vivoV30e #PortraitSoPro #vivoV30eWith50MPIMX882 untuk meningkatkan peluang memenangi dengan terma dan syarat yang dikenakan.
Dalam pada itu, vivo Malaysia turut menjemput semua peminat ke Acara Pratonton Eksklusif peranti tersebut dan dapat menikmati pengalaman menggunakannya di vivo Concept Store di Sunway Pyramid pada 27 April dari 2 petang hingga 5 petang.
Sumber: Siaran Media vivo Malaysia