Elon Musk berkata mulai 15 April 2023, hanya akaun yang disahkan sahaja boleh mengundi di ‘poll’ laman sosial itu.
Alasannya, langkah ini diambil untuk membanteras undian yang dicemari oleh bot.
Akaun disahkan ini bermakna akaun organisasi kerajaan, syarikat dan pelanggan Twitter Blue.
Untuk individu atau orang awam, anda boleh langgan Twitter Blue untuk riak dengan lencana biru di sebelah nama dan dipanggil ‘verified account’.
Starting April 15th, only verified accounts will be eligible to be in For You recommendations.
The is the only realistic way to address advanced AI bot swarms taking over. It is otherwise a hopeless losing battle.
Voting in polls will require verification for same reason.
— Elon Musk (@elonmusk) March 27, 2023
Dalam twit sama, Musk juga mengatakan mula tarikh sama, hanya akaun dengan lencana biru saja akan berada dalam susur masa For You.
Waktu ini, susur masa Twitter terbahagi pada dua seperti TikTok iaitu Following dan For You.
{suggest}
Twit-twit yang dimasukkan dalam For You datang daripada akaun yang anda tidak ikuti dan ia adalah cadangan daripada algoritma Twitter yang dirasakan sesuai dengan anda.
Jadi, mulai 15 April kelak, hanya akaun disahkan boleh mengundi dan twit mereka boleh masuk dalam susur masa For You pengguna lain.
Kita lihat apakah perkara ini benar-benar akan dilaksanakan nanti.
Sumber: Elon Musk