Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Hampir Separuh Pemilik EV Pertimbang Kembali Kepada Kereta Petrol – Kajian

Posted on Oktober 23, 2023Oktober 23, 2023

Menurut kajian AS dari S&P Global Mobility, pada awalnya tiga perempat daripada pemilik kenderaan elektrik mengatakan bahawa akan membeli kereta berkuasa bateri lain.

Tetapi jumlah itu jatuh kepada kira-kira separuh apabila pemilik Tesla dialih keluar daripada statistik.

Alasan peralihan dari EV kepada kereta petrol pula adalah berkaitan dengan beberapa faktor seperti harga, infrastruktur pengecasan dan jarak pemanduan.

Secara purata, kajian terhadap isi rumah yang mempunyai kenderaan elektrik mendapati, hanya 52.1% sahaja berkemungkinan akan kembali membeli kereta EV untuk pembelian seterusnya sama ada sebagai kereta kedua atau sebagai pengganti.

Walau bagaimanapun apabila pemilik Tesla disertakan, angka itu meningkat kepada 72.6 peratus – peningkatan hampir 25 peratus dalam tempoh tiga tahun yang lalu.

Bermakna, kira-kira separuh daripada pemilik EV mempertimbangkan untuk menukar kembali kepada kereta berkuasa petrol atau diesel untuk kenderaan mereka seterusnya – melainkan mereka memiliki Tesla.

{suggest}

Sumber: S&P Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress