Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Grab Umum Pemberhentian 1,000 Pekerja

Posted on Jun 21, 2023Jun 21, 2023

Syarikat berpangkalan di Singapura, Grab kini mengumumkan pemberhentian 1,000 pekerja atau 11% daripada keseluruhan tenaga kerjanya. Ia sebagai langkah untuk menguruskan kos dan memastikan perkhidmatan lebih berpatutan dalam jangka masa panjang.

{suggest}

CEO Grab, Anthony Tan berkata pemberhentian pekerja itu merupakan yang terbesar sejak permulaan pandemik dan merupakan langkah penyusunan semula strategi bagi menyesuaikan dengan persekitaran perniagaan.

Tambahnya, dengan perkembangan teknologi seperti AI generatif, ia meningkatkan kos dan mempengaruhi landskap persaingan secara langsung.

Dalam pada itu, Grab menyatakan pekerja yang diberhentikan akan menerima pembayaran separuh bulan bagi setiap enam bulan perkhidmatan yang diselesaikan, saguhati serta sokongan peralihan kerjaya.

Terdahulu, Grab diasaskan pada 2012 dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran, perjalanan serta kewangan di lapan negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Sumber: CNA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2023 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress