Sebelum ini, siri Samsung Galaxy S22 merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan skrin Victus+.
Kini, peranti Samsung juga akan menjadi yang pertama menggunakan Gorilla Glass Victus 2 iaitu pada siri Samsung Galaxy S23.
Gorilla Glass Victus 2 akan fokus pada ketahanannya sewaktu dijatuhkan. Ketahanan ini adalah termasuk permukaan yang kasar seperti konkrit setinggi 1m sehingga 2m.
Walaupun gelas ini dianggap sebagai kuat, namun ciri ini tidak menjaminkan kesan calar berkurang apabila dijatuhkan.
Gorilla Glass Victus 2 dijangka akan melindungi bahagian belakang dan depan telefon sama seperti ciri Victus+ yang ada pada setiap siri Galaxy S22.
{suggest}
Samsung mungkin akan terus bekerjasama dengan syarikat Corning untuk menghasilkan barisan Galaxy andalan yang seterusnya.
Ini kerana produk Corning dapat menjaminkan ketahanan yang lebih baik dan maju kepada semua siri peranti mereka buat masa ini.
Sumber: corning