Bagi rakyat Malaysia yang sering menggunakan kereta sebagai pengangkutan utama harian mereka terutama sekali pemandu Grab ataupun penghantar bungkusan pasti akan mengalami masalah untuk membaca pesanan teks yang masuk ketika memandu.
Walau bagaimanapun, masalah itu mungkin dapat diatasi oleh Google dengan pembaharuan baharu terhadap Android Auto.
Untuk pengetahuan anda, Google baru-baru ini dilaporkan sedang mengusahakan satu ciri baharu dengan penggunaan Google Assistant yang akan diterap masuk ke dalam Android Auto bagi meringkaskan pesanan-pesanan yang terlampau banyak diberi secara serentak.
Berdasarkan gambar di atas, Google telah membuat paparan prototaip untuk tetapan togol on/off bagi ciri ringkasan pesanan yang akan diaplikasikan dalam Android Auto.
Tambahan lagi, Google menegaskan bahawa pembaharuan ini akan dikuasakan kecerdasan buatan dan kesalahan ringkasan terhadap singkatan perkataan yang digunakan dalam pesanan mungkin tidak dapat dielakkan.
Pembaharuan ini telah mula dilihat muncul untuk aplikasi Google beta versi 14.52 namun belum dipastikan akan tarikh pelancarannya.
{suggest}
Sumber: 9to5Google