AnTuTu Benchmark merupakan aplikasi popular yang digunakan dalam kalangan peminat serta pengeluar untuk menguji dan menanda aras prestasi peranti pintar mereka. Namun, pada awal tahun ini, Google telah mengambil langkah drastik membuang aplikasi ini di Play Store disebabkan dakwaan isu sekuriti.
Jika pengguna mahu menggunakan aplikasi ini, mereka perlu memasangnya dari luar Play Store melalui laman rasmi AnTuTu. Terbaru, Google kini telah mengeluarkan notis menyekat aplikasi ini untuk dipasang
Untuk pengguna yang cuba untuk memasang aplikasi ini, Google Play Protect akan mengesannya dan mengeluarkan amaran bahawa AnTuTu boleh mengumpul data pengguna.
Namun, anda boleh sahaja terus memasang dengan menghiraukan aplikasi tersebut buat masa ini. Mungkin pada masa akan datang, Google tidak membenarkan terus pemasangan aplikasi. Ketika ini, anda tiada pilihan lain dan harus mencari aplikasi alternatif.
Apa yang pelik adalah dalam App Store Apple, ia masih lagi tersenarai dalam gedung aplikasi tersebut. AnTuTu buat masa ini masih lagi tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai isu ini.