Pixel Feature Drop merupakan kemaskini eksklusif khas untuk telefon Google Pixel sahaja yang membawakan beberapa ciri dan fungsi menarik serta penambahan baharu.
Adaptive Sound
Melalui kemaskini Disember ini, Pixel Feature Drop hadir dengan fungsi yang dinamakan Adaptive Sound. Ia adalah salah satu cara telefon Pixel boleh meningkatkan lagi kualiti pembesar suara dengan menggunakan mikrofon untuk ‘mendengar’ persekitaran dan seterusnya melaraskan equalizer bunyi.
Namun ciri ini hanya tersedia untuk Pixel 4a 5G dan Pixel 5 sahaja.
Now Playing
Now Playing kini lebih menarik dengan ciri membuat senarai main berdasarkan rekod lagu yang telah dijumpai melaluinya. Senarai main ini kemudiannya boleh dieksport ke YouTube Music.
Hold For Me
Ini merupakan fungsi dimana Google Assistant boleh menunggu ketika panggilan telefon. Jadi, anda tidak perlu lagi membazirkan masa menunggu dan memegang telefon apabila penerima panggilan tidak bersedia lagi untuk ditelefon ketika itu.
Extreme Battery Saver
Ia adalah mod jimat bateri dengan menghentikan sejumlah aplikasi yang tidak diperlukan agar jangka hayat bertahan lebih lama. Anda boleh memilih dan menentukan mana-mana aplikasi yang masih boleh dihidupkan ketika dalam mod Extreme Battery Saver.
Pengubahsuai Home Screen
Home Screen Pixel kini lebih unik dan menarik dengan pelbagai ikon baru, warna, paparan grid, dan juga latar belakang baharu.
Perkongsian Google Duo
Google Duo merupakan penawaran untuk aplikasi panggilan video. Menerusi kemaskini terbaharu ini, anda boleh juga berkongsi skrin telefon ketika panggilan. Lebih memudahkan terutamanya jika mahu menonton video bersama-sama.
Rumusan Kemaskini
Selain dari ciri dan fungsi yang disenaraikan, ini adalah merupakan kesemua perkara baharu yang disertakan pada kemaskini Pixel Feature Drop Disember ini.
Kemaskini ini sudah boleh dimuat turun bermula hari ini untuk kesemua Pixel 3, Pixel 3a, Pixel 4, Pixel 4a, Pixel 4a 5G, dan juga Pixel 5.
Sumber: Google