Sejak keluarnya produk telefon keluaran Google iaitu Pixel 5, keberkesanan pembesar suara peranti Pixel sering dikritik kerana memiliki masalah audio yang keluar dari pembesar suara.
Dikatakan oleh pengguna Pixel 7 Pro, mereka masih mengalami bunyi audio yang agak kurang memberangsangkan keluar dari pembesar suaranya jika dibandingkan dengan peranti dari syarikat seperti Apple, Samsung dan lain-lain.
Walaupun isu ini telah lama dikemukakan, Google masih memilih untuk mengabaikannya selama bertahun-tahun. Berdasarkan pemerhatian, masalah ini mula timbul dari pihak Google yang menggantikan alat dengar pembesar suara konvensional dengan alternatif yang terlalu maju untuk produk Pixel. Hasilnya memuaskan panggilan telefon namun bukan untuk perkara lain.
Sesetengah pengguna dapat membetulkan masalah pembesar suara mereka dengan menggunakan alat Android yang dipanggil Wavelet dari Google Play Store, tetapi tidak disarankan untuk produk bukan Android untuk menggunakannya.
Walau bagaimanapun, juruteknikal dari pasukan Pixel telah mengambil langkah untuk mengatasi masalah lama ini dengan barisan Pixel 8. Hal ini dianggap selesai dengan perubahan pada bentuk peranti Pixel 8 Pro yang tidak mempunyai paparan lengkung dan sisi peranti yang nipis.
Tambahan pula dengan pemerhatian terhadap barisan peranti Pixel 8 di YouTube, kualiti bunyi yang dikeluarkan adalah tidak sama dengan pendahulunya sekali gus menjamin prestasi yang lebih baik.
{suggest}
Sumber: Verge